Perkembangan teknologi maklumat dalam era globalisasi yang melanda dunia kini memastikan satu perubahan yang amat pesat sekali bagi bidang-bidang tertentu. Bagi dunia pendidikan, perubahan yang berlaku menjadi satu batu loncatan di mana pelbagai kaedah baru yang berasaskan teknologi multimedia diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Ini dapat mencorak dan menghasilkan satu sistem pendidikan yang lebih berpotensi dan berdaya saing. Pengertian Komputer Secara Umum atau komputer sebagai ' alat' boleh diertikan sekumpulan alat elektronik yang tersusun menjadi rangkaian membentuk sebuah mesin berteknologi dengan kawalan sistem operasi disertai program-program yang mampu menerima dan menyimpan data, melakukan pengolahan dan memberikan hasil dalam bentuk maklumat atau informasi.
Penggunaan komputer sebagai alat adalah untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan peribadi ataupun untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah selari dengan perkembangan terkini dalam penggunaan komputer dalam pendidikan , iaitu komputer merentasi kurikulum.Teknologi komputer perlu merentasi kurikulum untuk memudahkan pembelajaran dalam pelbagai bidang (Zoraini,1991)
Dari segi komputer sebagai guru, komputer bertindak sebagai tutor dengan menjalankan peranan mengajar. Komputer sebagai guru adalah di mana komputer berperanan menyampaikan pegajaran yang telah diprogramkan. Pelajar berinterasi dengan komputer dalam bentuk tutorial di mana komputer dapat merekod dan mengurus kemajuan pelajar. Kebanyakan bahan atau perisisan kursus multimedia yang terdapat sekarang menggunakan komputer sebagai guru. Bahan atau perisian kursus ini dapat di kelaskan kepada beberapa jenis seperti latih-tubi,tutorial,tunjuk cara dan simulasi. Penggunaan komputer untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai Pengajaran Berbantulan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Instruction (CAI) atau Computer Assisted Learning (CAL).
Komputer sebagai pelajar adalah merujuk kepada pengguna,iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer. Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna, sebaliknya pengguna yang mengawal komputer. Sebagai alat,komputer boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat ,cekap dan berkesan.Perisian-perisian aplikasi seprti pangkalan data,hamparan elektronik dan pemprosesan perkataan adalah yang paling kerap di sekolah-sekolah di Britain dan Amerika Syarikat.Perisian jenis ini membolehkan komputer berfungsi sebagai alat yang memudahkan kerja manusia.
Sumber Rujukan :
*http://www.radioaustralia.net.au/indonesian/2015-07-08/guru-dianjurkan-gunakan-game-minecraft-sebagai-alat-pembelajaran-di-kelas/1467304
*http://www.suara.com/tekno/2015/09/16/071200/studi-komputer-di-sekolah-hambat-kecerdasan-pelajar