Tugasan 7 adalah menghasilkan video berdasarkan story board dan skrip berdasarkan tugasan 3 iaitu PERISIAN ASAL, BERLESEN DAN SUMBER TERBUKA yang telah disediakan pada minggu 11,12 dan 13 dengan menggunakan Powtoon. Pengintegrasian elemen audio, video dan teks dalam pembangunan video. MICROSOFT PUBLISHING BROSUR
RESPONDER BORANG SOAL SELIDIK https://docs.google.com/spreadsheets/d/1WCUhYNRe0MwGLjRAY56OrYk33G9Qa35QHGDJpEHsn30/edit Learning Management System (LMS) yang dikenali sebagai satu sistem pengurusan pembelajaran atau dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pembelajaran adalah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan dan penghantaran teknologi elektronik pendidikan (juga dikenali sebagai e-pembelajaran) kursus pendidikan atau program latihan. Ia merupakan aplikasi berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik,mengesan hasil pembelajaran, integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran, pembinaan bahan pengajaran serta bahan yang diterima daripada pelajar dan kemudahan bentuk pengurusan pembelajaran. Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM ialah I-FOLIO. I-FOLIO ini digunakan oleh pelajar dan pensyarah UKM. Pelajar menggunakan I-FOLIO bertujuan untuk mendapatkan nota,malah perbincangan tentang tajuk-tajuk pembelajaran juga boleh dilakukan dengan pensyarah.Manakala pensyarah menggunakan LMS bertujuan untuk memasukkan nota dan memberi maklumat tentang hal terbaru kepada pelajar.Dalam kursus komputer dalam pendidikan juga telah menggunakan LMS iaitu Gmail group,facebook group dan blog. Manakala, Course Management System (CMS) atau Sistem Pengurusan Kursus merupakan satu sistem pengurusan kursus atau koleksi alat perisian yang menyediakan persekitaran dalam talian untuk interaksi tertentu. Biasanya termasuk pelbagai alat dalam talian dan persekitaran seperti kawasan untuk penempatan fakulti bahan-bahan kelas, termasuk sukatan pelajaran, kawasan untuk penempatan pelajar kertas dan tugasan, alat berbual membolehkan komunikasi dalam kalangan peserta dan papan perbincangan yang panjang yang membolehkan komunikasi statik dalam kalangan peserta. CMS merupakan sebuah aplikasi perisian berasaskan web tetapi berbeza skop penggunaannya berbanding LMS. Penggunaan CMS lebih berfokus. Ianya lebih menumpukan tentang pengurusan sesuatu kursus. Kedua-dua sistem ini penting kerana sistem ini mampu memberi impak kepada asas aktiviti institusi pendidikan. Ia juga memainkan peranan di dalam latihan dan pengukur kemahiran perniagaan. Ia perlu diselarikan dengan prosedur standard untuk semua aktiviti-aktiviti pembelajaran dan pengajaran termasuk menangani isu-isu dasar yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti ini.Hasilnya terhadap pilihan LMS sama ada komersial atau Sumber Terbuka, telah menggabungkan semua isu ini di dalam pelaksanaannya. LMS biasanya menawarkan pelbagai alatan untuk menyediakan kursus yang lebih berkesan dan ia adalah alatan yang sesuai untuk memperkemaskan pembelajaran dengan menggunakan kelebihan yang terdapat di internet tanpa mengabaikan kepentingan seorang guru.Moodle merupakan salah satu perisian yang dilihat mempunyai nilai yang tinggi dan paling tinggi penggunaannya di dalam komuniti pendidikan, khususnya pendidikan tinggi dan universiti.Kelebihan utama perisian Sumber Terbuka ialah kos pelesenannya dihapuskan tidak seperti LMS yang komersil. Faktor penting yang kedua ialah perisian Sumber Terbuka mempunyai fungsi yang boleh disesuaikan dan diubah untuk memenuhi keperluan pengguna. Di samping itu, sokongan bantuan terhadap Sumber Terbuka adalah amat kuat. Di samping itu, LMS dijalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian kursus atas talian. LMS telah digunakan secara meluas di universiti dan pusat pengajian tinggi di seluruh dunia. Faktor utama LMS yang menjadi tarikan adalah kos yang secara relatifnya agak rendah dan tahap kemahiran pengguna yang diperlukan juga agak asas. Contohnya di UKM, LMS yang digunakan adalah SPIN. SPIN digunakan untuk memuat turun nota yang disediakan oleh pensyarah, mendapatkan maklumat berkenaan dengan tugasan serta untuk melihat keputusan peperiksaan. Selain itu ,LMS di SPIN membolehkan pelajar mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan, membolehkan pelajar menambah atau menggugurkan kursus yang ditawarkan, membolehkan pelajar berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan satu kursus melalui chat real-time,emel dan sebagainya. LMS digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi. LMS turut digunakan di SPIN dan yahoogroups. Melalui SPIN, pelajar boleh mengakses maklumat pada bila-bila masa dan di mana sahaja melalui sambungan internet. Selain daripada melalui pangkalan Data-Link Web, ia juga membolehkan pengesanan pelajar dan komputer, merekod dan dapat menganalisis prestasi pelajar. Justeru itu, LMS juga digunakan di yahoogroups melalui kursus komputer dalam pendidikan di Fakulti Pendidikan, UKM. Ia sebagai satu langkah ke arah pembelajaran secara maya. Para pelajar dan pensyarah yang menyertai kumpulan di dalam yahoogroups akan memperolehi info atau maklumat mengenai pembelajaran di sana serta mewujudkan komunikasi antara pelajar denagn pelajar lain,dan pensyarah secara maya. Selain itu, LMS turut digunakan di Pejabat, makmal, Bilik Tutorial,dan di dalam kelas. Oleh itu, LMS digunakan dengan menyeluruh pada masa kini. Kebaikan menggunakan LMS antarannya dapat menetapkan dan merekodkan latihan untuk kakitangan dengan LMS, mampu menyeragamkan usaha pentadbiran, untuk membuatkan ia mudah, memastikan setiap anggota kakitangan menerima program latihan yang sesuai serta membantu menguruskan bilik darjah, tenaga pengajar, kelengkapan dan sumber-sumber lain yang diperlukan untuk menyampaikan kursus memudahkan e-pembelajaran dengan platform pembelajaran secara online. Suatu LMS sering menyediakan satu, portal yang berjenama untuk penghantaran e-pembelajaran, menggabungkan kesemua maklumat latihan ke dalam satu sistem serta menyemak semula dan melaporkan tentang status program-program latihan di seluruh syarikat, mengenal pasti staf yang telah siap dengan kelulusan tertentu, dan banyak lagi. Mengurangkan kos latihan dengan LMS. Sistem LMS yang betul dapat mengurangkan kos latihan anda dalam pelbagai cara, seperti membolehkan penjimatan kos e-pembelajaran (seperti kurang perjalanan, penginapan, bekerja lebih masa, kospengajaran yang lebih rendah, dan lain-lain) serta menyelaraskanpentadbiran program latihan di setiap organisasi Ia juga meningkatkan pematuhan dengan keperluan kawal selia. Kesimpulannya LMS dan CMS ini mempunyai ciri-ciri fleksible yang membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Ternyata kewujudan sistem-sistem ini telah mempelbagaikan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kelebihan yang ada pada sistem ini telah banyak membantu menyeslesaikan banyak masalah Rata-rata pengguna amat berpuas hati dengan sistem-sistem ini. Perbezaan antara LMS (Learning Managment System) dan CMS (Content Managment System) ialah Learning Managemeng System (LMS) adalah sebuah aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, laporan, dan penyampaian kursus pendidikan dalam talian atau program latihan. Sumber Rujukan : * http://ifolio.ukm.my/ * https://www.youtube.com/results?search_query=learning+management+system+demo * http://www.moe.edu.my/btp/ * http://www.spin.ukm.my/Admin_Content/UploadFiles/student_manual.pdf * St. Laurent, Andrew M. (2008). Understanding Open Source and Free Software Licensing. O'Reilly Media. p. 4. ISBN 9780596553951. Perkembangan teknologi maklumat dalam era globalisasi yang melanda dunia kini memastikan satu perubahan yang amat pesat sekali bagi bidang-bidang tertentu. Bagi dunia pendidikan, perubahan yang berlaku menjadi satu batu loncatan di mana pelbagai kaedah baru yang berasaskan teknologi multimedia diperkenalkan serta digunakan supaya pengajaran seseorang guru menjadi lebih berkesan dan pembelajaran murid menjadi lebih bermakna. Ini dapat mencorak dan menghasilkan satu sistem pendidikan yang lebih berpotensi dan berdaya saing. Pengertian Komputer Secara Umum atau komputer sebagai ' alat' boleh diertikan sekumpulan alat elektronik yang tersusun menjadi rangkaian membentuk sebuah mesin berteknologi dengan kawalan sistem operasi disertai program-program yang mampu menerima dan menyimpan data, melakukan pengolahan dan memberikan hasil dalam bentuk maklumat atau informasi.
Penggunaan komputer sebagai alat adalah untuk menghasilkan bahan untuk kegunaan peribadi ataupun untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah adalah selari dengan perkembangan terkini dalam penggunaan komputer dalam pendidikan , iaitu komputer merentasi kurikulum.Teknologi komputer perlu merentasi kurikulum untuk memudahkan pembelajaran dalam pelbagai bidang (Zoraini,1991) Dari segi komputer sebagai guru, komputer bertindak sebagai tutor dengan menjalankan peranan mengajar. Komputer sebagai guru adalah di mana komputer berperanan menyampaikan pegajaran yang telah diprogramkan. Pelajar berinterasi dengan komputer dalam bentuk tutorial di mana komputer dapat merekod dan mengurus kemajuan pelajar. Kebanyakan bahan atau perisisan kursus multimedia yang terdapat sekarang menggunakan komputer sebagai guru. Bahan atau perisian kursus ini dapat di kelaskan kepada beberapa jenis seperti latih-tubi,tutorial,tunjuk cara dan simulasi. Penggunaan komputer untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dikenali sebagai Pengajaran Berbantulan Komputer (PBK) atau Computer Assisted Instruction (CAI) atau Computer Assisted Learning (CAL). Komputer sebagai pelajar adalah merujuk kepada pengguna,iaitu pelajar menggunakan komputer untuk mengatur cara program komputer. Komputer tidak mengawal susunan atau jenis operasi yang dilakukan oleh pengguna, sebaliknya pengguna yang mengawal komputer. Sebagai alat,komputer boleh digunakan untuk melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih cepat ,cekap dan berkesan.Perisian-perisian aplikasi seprti pangkalan data,hamparan elektronik dan pemprosesan perkataan adalah yang paling kerap di sekolah-sekolah di Britain dan Amerika Syarikat.Perisian jenis ini membolehkan komputer berfungsi sebagai alat yang memudahkan kerja manusia. Sumber Rujukan : *http://www.radioaustralia.net.au/indonesian/2015-07-08/guru-dianjurkan-gunakan-game-minecraft-sebagai-alat-pembelajaran-di-kelas/1467304 *http://www.suara.com/tekno/2015/09/16/071200/studi-komputer-di-sekolah-hambat-kecerdasan-pelajar |
AuthorJENNY AK UCHING ArchivesCategories |