Salam sejahtera dan salam satu Malaysia,
Pada minggu pertama, kami telah diperkenalkan tentang cakupan topik-topik dalam kursus komputer dalam pendidikan. Antaranya, konsep komputer sebagai ‘alat’, ‘guru’ dan ‘pelajar’. Platform perbincangan di atas talian seperti Course / Learning Management System (CMS/LMS) dan juga belajar membuat akaun weebly. Selain itu, isu-isu berkaitan komputer dalam pendidikan seperti enjin pencarian / pangkalan data ( langganan UKM, Google Scholar, Google dan lain-lain. Persembahan powerpoint juga diterapkan dalam kursus ini juga bertujuan untuk memudahkan kita mahir dalam menggunakan prinsip asas CASPER, menggunakan teks, grafik, warna, Microsoft paint, bentuk ( shapes ), smart art dan juga media. Dalam kursus ini juga ada melibatkan proses penyelidikan ( mini research ). Dalam proses ini mengajar cara mencari asas penyelidikan dan sorotan literatur, teknik pembentukan soalan dalam soal selidik, penyediaan soal selidik di atas talian dan juga pemgumpulan data, analisis data dan akhirnya membuat penulisan laporan penyelidikan berdasarkan tajuk yang diberi.
Di samping itu, kami juga belajar tentang penerbitan atas meja ( Desktop Publishing ) iaitu Microsoft Publisher dan Microsoft Words. Di sini akan diajar cara menggunakan bahan yang telah dikumpul berkaitan dengan tajuk yang telah diberi dan bina satu brosur menggunakan Microsoft Publisher dan masukkan unsur teks, bentuk, imej dan warna. Dan berdasarkan bahan yang sama juga bina brosur menggunakan Microsoft Words. Seterusnya, proses perancangan pembangunan video juga diterapkan dalam kursus ini. Panduan dalam menyediakan reka bentuk media interaktif (teks, grafik, resolusi, warna, format fail, animasi, audio dan video). Prinsip persembahan, story board dan skrip juga diterapkan dalam topik ini. Selain itu, kami juga belajar membuat video dalam pendidikan seperti movie maker, audio, video, text dan hasilnya akan dibentangkan. Dan tajuk akhir dalam kursus ini adalah pengenalan kepada helaian hamparan elektronik iaitu menggunakan excel.
Setiap tajuk dalam kursus ini berkeupayaan membina kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang cekap dan berkesan serta dapat menyesuaikan diri dan bekerjasama dengan rakan sepasukan di samping menghasilkan sesuatu yang baru berdasarkan ilmu asas dalam bidang pendidikan yang dipelajari.