Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pada minggu ke 14 iaitu minggu akhir, kami telah diajar tentang pengenalan kepada helaian hamparan elektronik-excel. Ini merupakan tugasan yang ke 8 dalam minggu ini dan tugasan ini dilakukan secara individu. Dalam tugasan kali ini kami diberi penerangan dan berbincang tentang fungsi-fungsi Microsoft Excel dan Google Docs. Dalam Microsoft Excel mesti mempunyai data, pemformatan, penyimpanan dan penutupan lembaran kerja. Formula dalam excel / spreadsheet :
Tugas yang perlu dilakukan dalam tugasan ke 8 ini ialah masukan data dalam satu fail baru yang mengandungi markah pelajar bagi lapan mata pelajaran utama. Dengan menggunakan formula untuk mengira jumlah markah keseluruhan serta penggredan markah individu. Di sini saya belajar bagaimana menggunakan Microsoft Excel dan Open Office Cal untuk menganalisis markah pelajar secara tepat dan berkesan dan secara tidak langsung juga saya berkemampuan untuk membina idea baru berdasarkan ilmu asas dalam bidang pendidikan yang dipelajari dalam kelas.
0 Comments
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada minggu ke 13, sambungan dari tugasan ke 7. Di sini kita akan membuat video berdasarkan tajuk yang diberi oleh pensyarah pada minggu sebelumnya. Kumpulan saya membuat video berdasarkan Perisian Asal Dan Berlesen ( Original And Licensing Software ) dan juga Perisian Sumber Terbuka ( Open Sourse Software ). Saya telah diberikan tugas untuk membuat video berdasarkan tugas yang diberikan oleh ahli kumpulan saya iaitu Perisian Sumber Terbuka ( Open Sourse Software ). Tugasan ini menjadi senang disebabkan oleh ahli kumpulan saya bersama-sama bekerjasama dalam menyiapkan video berdasarkan tajuk masing-masing. Sekiranya kurang memahami tajuk yang diberikan, ahli kumpulan yang lain akan sedia membantu untuk mencari maklumat. Maka di sini saya dapat melihat semangat kerjasama antara pasukan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara satu sama lain. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada minggu ke 12, sambungan daripada minggu ke 11 tugasan 7 juga. Dimana kita akan membuat movie maker, audio, video dan text. Setelah siap story board dan skrip yang dibuat pada minggu lepas kini untuk membuat video menggunakan movie maker atau mana-mana editing software yang lain, serta integrasikan elemen audio, video dan teks dalam pembangunan video. Pelbagai idea yang saya dapat dalam membuat video, di mana secara tidak langsung dapat menghasilkan sesuatu yang baru secara kritis, kreatif dan inovatis. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pada minggu ke 11, tugasan baru telah diberikan iaitu tugasan 7 iaitu berkaitan dengan video dalam pendidikan dan ini juga merupakan aktiviti dan tugasan berkumpulan. Di sini kami telah diajar tentang panduan dalam penyediaan reka bentuk media interaktif ( teks, grafik, resolusi, warna, foemat fail, animasi, audio dan video ), prinsip persembahan, story board dan skrip. Di sini kami telah membincangkan tentang story board dan skrip untuk menghasilkan satu video berdasarkan tajuk dalam tugasan 2 iaitu Learning Management System ( LMS ), Course Management System ( CMS ) dan Sumber Perisian percuma untuk LMS dan CMS. Di sini secara tidak langsung dapat memberikan saya satu kemahirandan idea yang baru dalam membuat video. Saya juga difahamkan tentang elemen-elemen dalam multimedia sebelum membuat video. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pada minggu ke 10, tugasan yang baru telah diberikan iaitu tugasan yang ke 6 iaitu berkaitan dengan penerbitan atas meja ( Desktop Publishing ) di mana ia lebih kepada penggunaan Microsoft Publisher dan juga Microsoft Words. Ini juga merupakan tugasan berkumpulan. Di sini kita akan mengumpulkan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan tugasan ke 2 iaitu Learning Management System ( LMS ) dan Course Management System ( CMS ). Di mana kita akan membuat satu brosur menggunakan Microsoft Publisher dan tidak lupa masukkan unsur teks, bentuk, imej dan juga warna untuk menarikan lagi brosur tersebut. Setelah siap brosur menggunakan Microsoft Publisher. Menggunakan bahan dan maklumat yang sama, buat satu lagi brosur menggunakan Microsoft Words. Dengan membuat kedua-dua brosur ini saya dapat merancang dan membangunkan brosur menggunakan Microsoft Publisher dan juga Microsoft Words yang menepati kriteria reka bentuk bahan bercetak. Di sini juga saya dapat mengadaptasikan segala bentuk kemahiran mengikut kesesuaian dan situasi semasa. Salam sejahtera dan Salam satu Malaysia
Pada minggu ke 9, saya dan ahli kumpulan telah megenalpasti responden yang telah menjawab soal selidik kumpulan kami. kami memerlukan sekurang-kurangnya 30 orang responden untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Oleh kerana responden kami masih tidak mencukupi dan kami masih lagi dalam proses menerima maklum balas daripada responden-responden. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.
Pada minggu ke 7, kami telah diberi tugasan yang baru iaitu dengan melakukan mini research tentang tajuk Perisian asal dan terbuka dan juga Perisian sumber terbuka. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Ini merupakan tugasan yang ke 4. Dalam tugasan ini kami telah didedahkan cara untuk membuat soal selidik dengan menggunakan Google Form. Dalam membuat soal selidik perlu dimasukan tujuan dan objektif kajian mini dan juga senarai item untuk memudahkan kerja. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada minggu ke 6, setelah segala maklumat dan data yang dikumpul untuk tajuk yang diberi dalam tugasan 3 minggu lepas. Kini kami telah diarahkan untuk membuat persembahan powerpoint untuk tajuk yang telah diberi oleh pensyarah. Sebelum membuat powerpoint, kami telah diajar prinsip asas CASPER iaitu Contrast, Aligment, Simplicity, Proximity, Emphasis dan Repetition. Teks, grafik, warna, Microsoft Paint, bentuk (Shapes), smart art dan juga menggunakan media. Di sini juga kami telah menggunakan Google Drive untuk membuat powerpoint. Apa yang saya pelajari dalam tugasan kali ini ialah dapat membina kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang berkesan serta dapat menyesuaikan diri dengan ahli kumpulan yang lain dan juga berjaya mengurus maklumat secara cekap berkesan. Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada minggu ke 5, kami telah diberi tugasan yang baru yang berkaitan dengan isu-isu komputer dalam pendidikan. Tugasan ini dilakukan secara berkumpulan. Ini merupakan tugasan yang ke 3. Dalam tugasan ini kami telah didedahkan cara untuk mencari maklumat dengan menggunakan langganan UKM, Google Scholar, Google dan lain-lain. Dalam menggunakan enjin pencarian, kami dikehendaki mendapatkan maklumat tentang tajuk yang terpilih iaitu :
Tajuk yang kami dapat untuk tugasan ini ialah Perisian asal dan berlesen ( Original and Licensing Software ) dan Perisian sumber terbuka ( Open Source Software ). Kami dikehendaki mencari apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. MINGGU KE 4 PLATFORM PERBINCANGAN DI ATAS TALIAN COURSE / LEARNING MANAGEMENT SYSTEM ( CMS / LMS)12/19/2015 Salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Pada minggu ke 4, kami diberikan tugas untuk menggunakan enjin pencarian untuk mendapatkan maklumat tentang Learning Management System ( LMS ) dan Course Management System ( CMS ) serta Sumber perisian percuma untuk LMS dan CMS. Ini merupakan tugasan yang ke 2 untuk dilaksanakan. Hasil dapatan perlu dilaporkan dalam Google Docs dan juga upload dalam weebly. Untuk maklumat lanjut klik http://ge1155ukm.weebly.com/forum.html . Di sini kita dapat melihat ahli-ahli yang lain yang terlibat dalam perbincangan tugasan yang diberi dan secara tidak langsung dapat menganalisis dan membuat perbandingan segala teori dan konsep ilmu asas dalam bidang tersebut. Selain itu, berkemampuan untuk membuat kritikan, justifikasi dan judgement terhadap teori dan konsep kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan inovatif. |
AuthorJENNY AK UCHING ArchivesCategories |